Cari @ Amanz

Pada minggu ini, seperti biasa, pelbagai perkara baru berlaku dalam arena teknologi, bermula dengan pengenalan HTC One M9 Plus oleh pihak HTC di China yang turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari serta menggunakan cip Mediatek.

Selain itu, pelbagai perkhidmatan menerima kemaskini baru, termasuk Facebook yang memperkenalkan laman khusus untuk permesejan di Messenger.com. Microsoft pula telah menambah sokongan terjemahan masa-nyata untuk bahasa Mandarin melalui Skype Translator, sementara Apple pula telah memperkenalkan Photos untuk OS X Yosemite. Google turut tidak ketinggalan dan turut mengumumkan beberapa kemaskini baru, termasuk pengenalan Snapseed 2.0.

Disamping itu, Sony telah mula memperkenalkan Android 5.0 Lollipop di untuk Xperia Z2, selain Huawei yang mengesahkan sejumlah peranti yang bakal menerima kemaskini tersebut. OnePlus turut telah memperkenalkan OxygenOS untuk pengguna OnePlus One.

Akhir sekali, beberapa peranti baru diumumkan untuk pasaran tempatan, termasuk salah satunya adalah Padfone S Plus daripada Asus dengan memori 3GB RAM serta ruangan storan 64GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd