-
Detik Epik Setiap Hari Bersama Siri Samsung Galaxy S21 5G!Jan 19, 2021
-
AMA : Gajet Apa Paling Tak Suka Tahun 2020?Jan 15, 2021
-
Apakah Permainan Video Menarik Pada 2020?Jan 14, 2021
-
#SembangLebat – Teknologi Terbaik Dan Terburuk 2019Dis 31, 2019
-
Sejarah Fon KepalaSep 23, 2020
-
Retrologi – Episod KetigaSep 29, 2015
-
Mingguan Amanz – Microsoft Office 2019, macOS Mojave, Streamyx Ke UnifiSep 30, 2018
Mingguan Amanz – Huawei P8, Lumia 640, Harga Jalur-Lebar
-
-
Sepanjang minggu lepas, salah satu topik yang menjadi perbualan ramai adalah berkenaan dengan perubahan harga dan penawaran untuk perkhidmatan jalur lebar. Kerajaan telah mengumumkan beberapa pakej baru akan diperkenalkan untuk membolehkan lebih ramai menikmati akses internet, tetapi salah satu perkara yang diperdebat ramai adalah pengenalan kuota untuk Streamyx, dimana hanya 1GB ditawarkan bagi pakej RM38.
Selain itu, pelbagai gajet baru telah mula memasuki pasaran Malaysia, dan salah satunya adalah peranti Lumia daripada Microsoft. Beberapa peranti telah diperkenalkan, dan salah satunya adalah Lumia 640.
Huawei pula pada minggu lepas telah mengambil pentas utama dengan pengenalan Huawei P8 dan juga Huawei P8 Max, dimana kedua-duanya dijangka akan hadir ke pasaran tempatan sekitar Jun.
Dan akhir sekali, pelbagai aplikasi telah menerima kemaskini pada minggu lepas, termasuk kemaskini perisian untuk sejumlah peranti, dan termasuk Xperia Z3 yang dinantikan ramai sekian lama.