Informasi Teknologi Terkini

Minggu ini menyaksikan beberapa produk baru dilancarkan pada peringkat global. Mencuri perhatian ramai adalah Xiaomi Mi4i yang dilancarkan di India. Disamping itu, Acer turut mencuri perhatian ramai dengan memperkenalkan beberapa produk baru mereka.

Xiaomi Mi4i hadir dengan rekaan polikabornat dan unibody, serta menawarkan sejumlah fungsi-fungsi premium mereka, termasuk kebolehan rakaman HDR dan bateri yang mampu bertahan sehingga lebih sehari.

Acer pada minggu ini telah memperkenalkan beberapa produk baru antaranya siri jenama Predator iaitu keluarga produk untuk permainan dan turut melancarkan Acer Liquid X2 iaitu telefon bersaiz 5.5-inci dengan sokongan tiga-sim dan kapasiti bateri 4000mAh. Sony juga tidak ketinggalan dalam membuat kejutan, dimana mereka telah hadir dengan Xperia Z4, tetapi ia hanya ditujukan kepada pengguna Jepun sahaja.

Disamping itu, beberapa aplikasi baru telah diperkenalkan, dan salah satunya adalah MyIdol yag membolehkan anda hadir dengan avatar 3D, sementara Facebook pula melancarkan Hello untuk beberapa buah negara.

Terdapat 6 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN