Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan pihak Microsoft hadir dengan beberapa pengumuman menarik, termasuk kebolehan sokongan untuk mengubah aplikasi Android dan iOS ke platform Windows, selain turut mengumumkan yang mana pelayar web baru mereka akan dikenali dengan nama EDGE.

Disamping itu, beberapa peranti baru telah diperkenalkan pada minggu ini, dan menjadi fokus ramai adalah LG G4 daripada LG. Di Malaysia sendiri, sejumlah peranti baru telah dilancarkan, termasuk antaranya adalah HTC One M9+, HTC Desire 852, Honor 6 Plus, Honor 4C, dan juga Galaxy Tab A.

Maxis pada minggu ini turut membuat beberapa pengumuman menarik, termasuk penawaran Spotify Premium secara percuma untuk pengguna pascabayar dan prabayar, disamping menawarkan Chromecast secara rasmi di Malaysia pada harga RM170.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd