-
Detik Epik Setiap Hari Bersama Siri Samsung Galaxy S21 5G!Jan 19, 2021
-
AMA : Gajet Apa Paling Tak Suka Tahun 2020?Jan 15, 2021
-
Apakah Permainan Video Menarik Pada 2020?Jan 14, 2021
-
Mingguan Amanz – Windows 10 Preview Untuk Telefon, Ubuntu Phone, RapidShare DitamatkanFeb 15, 2015
-
Ulasan : Xiaomi Mi A1 – Dwi-Kamera Flagship Mampu MilikNov 6, 2017
-
Xbox One DiperkenalkanMei 22, 2013
-
Mingguan Amanz – Maxis Billing, Redmi 3,Siri Bahasa MelayuJan 16, 2016
Mingguan Amanz – Lenovo Dolby Atmos, MSC4Startups, Edisi Windows 10
-
-
Pada minggu ini, beberapa peranti telah memasuki pasaran Malaysia secara rasminya, dimana antaranya adalah Lenovo A7000 yang hadir dengan sokongan Dolby Atmos, peranti gabungan tablet dan telefon daripada Acer melalui Iconia Talk S, selain SanDisk telah memperkenalkan iXpand untuk memudahkan para pengguna iPhone dan iPad menambah ruangan storan mereka.
Dalam arena perisian, Microsoft terus mengumumkan beberapa perkara mengenai Windows 10, dimana mereka telah berkongsi mengenai edisi yang bakal ditawarkan, selain turut mengumumkan Candy Crash Saga akan hadir terbina.
Google pula di Malaysia telah memperkenalkan Google My Business untuk menambah pelbagai kedai-kedai dalam pangkalan data mereka serta memudahkan para pengguna mengakses info mengenainya dengan mudah.
Minggu ini juga menyaksikan kerajaan membuat pengumuman berkaitan GST untuk prabayar, dimana mereka mengatakan akan mengekalkan harga jualan seperti sebelum GST, sebaliknya caj GST dikenakan pada penggunaan.
Beberapa aplikasi baru turut diumumkan pada minggu ini, termasuk yang menarik perhatian adalah Snake Rewind untuk Android, iPhone dan juga Windows Phone.