Informasi Teknologi Terkini

Pada minggu ini, acara Google I/O menjadi perhatian ramai, dimana Google berkongsi pelbagai perkara baru yang sedang dibangunkan oleh syarikat mereka, selain apakah yang akan dibawakan oleh mereka dalam masa terdekat.

Melaluinya juga, Google berkongsi mengenai Android M Dev Preview, selain aplikasi Google Photos yang ditawarkan untuk pengguna Android dan iOS.

Selain Google I/O, acara Lenovo Tech World di China juga menarik perhatian dengan pengumuman beberapa produk baru daripada Lenovo, termasuk salah satunya adalah Lenovo Cast yang membawakan fungsi seumpama Chromecast, selain telefon pintar dengan sokongan projektor.

Beberapa produk baru turut dilancarkan pada minggu ini, termasuk sejumlah produk ASUS ROG untuk pasaran tempatan, selain Acer yang telah melancarkan Acer Revo One untuk pasaran tempatan.

Dan akhir sekali, salah satu perkhidmatan baru yang telah dilancarkan di Malaysia pada minggu ini adalah iFlix, yang mana merupakan salah satu perkhidmatan seumpama Netflix, menawarkan sejumlah filem dan drama untuk ditonton.

Terdapat 3 komen
  1. student tak payah tunggu lecturer pasang2 projector dah lepas ni, lecturer carik dinding dan kelas mula on the spot..

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN