Cari @ Amanz

Pada minggu ini, acara tahunan WWDC daripada Apple menjadi salah satu fokus ramai, dimana pihak Apple telah mengumumkan beberapa fungsi baru yang bakal diperkenalkan bersama-sama dengan iOS9 dan juga Mac OS X 10.11 yang dinamakan sebagai OS X El Capitan.

Disamping itu, Apple juga turut mengumumkan perkhidmatan penstriman muzik mereka tersendiri dinamakan sebagai Apple Music. Perkhidmatan Apple Music ini bakal hadir untuk Android, iOS, Windows dan juga OS X.

Xiaomi turut tidak ketinggalan dalam memperkenalkan beberapa peranti pintar mereka pada minggu ini, dimana mereka telah memperkenalkan lampu tidur pintar dan juga WiFi Router yang dikemaskini.

Di pasaran Malaysia, Sony telah memperkenalkan beberapa produk baru untuk pasaran tempatan termasuk Xperia Z4 Tablet, Xperia C4 dan juga Xperia M4 Aqua.

Instagram pada minggu ini telah mengemaskini paparan antaramuka mereka. Oculus yang turut dimiliki Facebook telah memperkenalkan Rift untuk pengguna yang bakal hadir ke pasaran pada tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd