Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan beberapa peranti baru dilancarkan untuk pasaran tempatan, dimana salah satu yang menjadi fokus utama adalah Oppo R7 Plus dan juga Oppo R7 Lite di Malaysia. Kedua-duanya hadir dengan cip Snapdragon 615, dan boleh di pra-tempah bermula 11 Julai.

Selain Oppo, Samsung turut tidak ketinggalan, dan telah mula menawarkan Galaxy V Plus di Malaysia, serta peranti realiti-maya mereka yang terbaru, iaitu Gear VR Innovator Edition untuk Galaxy S6.

Minggu ini juga menyaksikan beberapa aplikasi dikemaskini, termasuk iFlix dengan sokongan Chromecast, dan juga Tidal yang hadir dengan sokongan pelan keluarga.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd