Informasi Teknologi Terkini

Sepanjang minggu lepas, kita telah dapat melihat pelancaran beberapa telefon pintar baru untuk pasaran tempatan. Antara yang mencuri perhatian ramai adalah pengenalan Xiaomi Mi Note untuk pasaran Malaysia yang hadir dengan harga RM1549 untuk versi 64GB.

Selain daripada Mi Note, Meizu dari China juga turut telah mula menawarkan Meizu M2 Note untuk pasaran Malaysia melalui Lazada pada harga RM799.

Disamping itu, beberapa aplikasi baru telah dikemaskini pada minggu lepas, termasuk WhatsApp dengan fungsi Mark As Unread, selain Google Maps yang menambah sokongan Timeline untuk melihat lokasi yang telah dilawati.

Telekom Malaysia pada minggu lepas telah mula mengemaskini harga jualan UniFi 10Mbps, dimana kini ia ditawarkan pada harga 10% lebih rendah. Sementara mereka juga telah turut menawarkan Unifi 30Mbps dengan lebih meluas kepada pengguna.

Terdapat 8 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. Wow! Dah banyak angle skng. Lebih menarik. Nice2! Pakai kamera apa? Lawa betul bokeh.

    • (senyum)… Ya, cantik dan kreatif. Tapi, kat mana lokasi shooting ni ya.

  2. Assalamualaikum semua… Nak kepastian… Kenapa video di atas tidak dapat dimainkan dlm smartphone saya? (This video is unavailable in restricted mode) mohon pencerahan daripada pihak Amanz

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN