Cari @ Amanz

Salah satu berita utama yang menjadi perhatian ramai pada minggu ini adalah pengenalan sistem operasi Windows 10 oleh pihak Microsoft yang mana membawakan beberapa perkara baru, termasuk pelayar web Microsoft Edge, sokongan Cortana, kebolehan menjalankan aplikasi di desktop, serta beberapa kemaskini lain.

Disamping itu, pihak OnePlus pada minggu lepas telah secara rasminya memperkenalkan telefon pintar OnePlus 2 yang dinantikan ramai, hadir dengan Oyxgen OS serta menyertakan sokongan pengimbas cap jari. Selain OnePlus 2, satu lagi peranti yang mencuri perhatian ramai adalah pengenalan Moto G yang membawakan sokongan pengimbas cap jari.

Di Malaysia, beberapa telefon pintar baru turut telah dilancarkan, termasuk Galaxy A8, HTC One E9+ dan juga Sony Xperia Z3+.

Google pula pada minggu ini telah memperkenalkan beberapa perkara baru untuk pasaran tempatan, termasuk fungsi Street View untuk negeri Sabah dan Sarawak, selain pengenalan Google Play Movies untuk pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd