Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan sejumlah gajet baru diperkenalkan pada peringkat global mahupun di Malaysia. Di Malaysia sahaja, Samsung telah melancarkan tablet Galaxy Tab S2, selain Acer pula telah memperkenalkan Aspire R11 yang hadir dengan sokongan Windows 10.

Selain itu, Samsung juga pada minggu ini telah memperkenalkan perkhidmatan Milk Music untuk pasaran tempatan – menawarkan penstriman muzik secara percuma kepada pengguna peranti Samsung Galaxy.

Pada peringkat global pula, Sony telah memperkenalkan dua peranti, iaitu Xperia M5 dan juga Xperia C5 Ultra – kedua-duanya hadir dengan beberapa ciri-ciri menarik, satu memfokuskan ketahanan dan kalis air, sementara satu lagi memfokuskan fungsi selfie.

Minggu ini turut menyaksikan pengumuman pengharaman rokok elektronik, selain Nokia yang menjual HERE Maps kepada pengeluar kenderaan dari Jerman.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd