Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan Samsung memperkenalkan telefon pintar yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia, iaitu Galaxy Note 5. Telefon pintar dengan sokongan S-Pen ini kini hadir dengan kemaskini perisian, fungsi-fungsi baru, selain penggunaan S-Pen yang lebih menarik berbanding sebelumnya.

Selain Galaxy Note 5, Samsung turut mengumumkan Galaxy S6 Edge+ – phablet dengan kedua-dua sisi kiri dan kanan menggunakan skrin melengkung.

Di Malaysia pula, pada minggu ini Microsoft telah melancarkan Windows 10. Selain itu, mereka turut telah memulakan penawaran Windows 10 untuk IoT seperti Raspberry Pi.

Google pada minggu ini membuat kejutan dengan penstrukturan syarikat dan pembentukkan konglomerat baru dinamakan Alphabet.

Xiaomi pada minggu ini telah melancarkan MIUI7 di China, dan turut memperkenalkan telefon pintar Redmi Note 2 berasaskan kepada HelioX10.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd