-
Detik Epik Setiap Hari Bersama Siri Samsung Galaxy S21 5G!Jan 19, 2021
-
AMA : Gajet Apa Paling Tak Suka Tahun 2020?Jan 15, 2021
-
Apakah Permainan Video Menarik Pada 2020?Jan 14, 2021
-
Pandang Pertama : Windows Phone 7.8Jan 31, 2013
-
Mingguan Amanz – Windows 10 S, Surface Laptop, Galaxy S8Mei 7, 2017
-
Mingguan Amanz – CES 2015Jan 11, 2015
-
Ulasan : Realme 5iJan 23, 2020
Mingguan Amanz – Xperia Z5 Premium, Huawei Mate S, Galaxy Note 5 Malaysia
-
-
Pada minggu ini, Google telah memperkenalkan penggunaan logo baru yang turut diperkenalkan pada pelbagai perkhidmatan mereka di seantero web. Disamping itu, di Malaysia, Google telah mengaktifkan penggunaan domain dengan akhiran .MY untuk pelayar Blogspot di Malaysia.
Minggu ini juga menyaksikan pelbagai produk baru diumumkan di acara IFA 2015. Ia dimulakan dengan pengumuman pihak Acer yang hadir dengan beberapa peranti baru dibawah keluarga Predator – terdiri daripada telefon pintar, tablet dan juga projektor. Disamping itu, Acer turut memperkenalkan telefon pintar Windows 10 Mobile, dan juga Acer Revo Build.
Selain Acer, pada minggu ini, Huawei turut telah memperkenalkan telefon pintar baru, iaitu Huawei Mate S. Ia hadir dengan beberapa ciri-ciri terkini, termasuk penggunaan pengimbas cap jari pada bahagian belakang, serta penggunaan sistem operasi terkini EMUI. Selain Huawei Mate S, Huawei turut memperkenalkan Huawei G8 untuk pasaran global.
Sony turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan telefon pintar premium baru mereka, iaitu Xperia Z5 Premium dengan skrin 4K. Dua lagi variasi yang telah diperkenalkan oleh Sony pada minggu ini iaitu Xperia Z5 dan juga Xperia Z5 Compact.
Beberapa peranti lain yang turut diperkenalkan pada minggu ini adalah termasuk daripada pihak Lenovo, dan juga pengumuman cip Intel Skylake untuk desktop dan komputer riba.