Cari @ Amanz

Minggu ini, Sony telah mengadakan acara rasmi di Jepun, dimana mereka menyaksikan beberapa permainan baru untuk PlayStation 4, serta mengumumkan harga jualan yang lebih rendah untuk konsol berkenaan. Sony juga turut mengumumkan pengenalan PlayStation VR yang akan dipasarkan untuk umum tidak lama lagi.

Disamping itu, minggu ini turut menyaksikan Apple menawarkan kemaskini iOS9 untuk pengguna iPad, iPhone dan iPod Touch seluruh dunia – membawakan beberapa fungsi baru untuk pengguna. Bercakap mengenai kemaskini, pengguna Surface RT dan peranti Windows RT juga telah menerima kemaskini baru yang membawakan butang Start seumpama Windows 10 padanya.

Qualcomm minggu ini telah mengumumkan beberapa cip baru dan turut mengumumkan akan menyertakan QUick Charge 3.0 yang membolehkan pengecasan dilakukan dalam masa kurang 35 minit untuk 80% bateri.

Beberapa apalikasi baru telah diperkenalkan pada minggu ini, antaranya adalah termasuk Khan Academy untuk Android, permainan baru BoBoibOy dan juga pengenalan aplikasi pembelajaran pemasaran daripada Google dinamakan Primer.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd