Mingguan Amanz – Google Nexus 2015, Air Di Marikh, Chromecast Audio

Mingguan Amanz – Google Nexus 2015, Air Di Marikh, Chromecast Audio

Diterbitkan pada Okt 4, 2015 oleh .

Minggu lepas menyaksikan Google mengadakan sebuah acara khas, dan mengumumkan dua telefon pintar Nexus, iaitu LG Nexus 5X dan juga Huawei Nexus 6P. Disamping itu, Google turut memperkenalkan Chromecast Audio, dan juga Chromecast generasi baru – serta membuat kejutan dengan memperkenalkan Pixel C berasaskan Android.

Disamping itu, di Malaysia, ZTE telah memperkenalkan ZTE Axon Elite dan akan mula menjualnya bermula pertengahan Oktober.

Dalam arena aeroangkasa, NASA pada minggu ini mengumumkan penemuan gerakan cecair di Marikh yang membawa kepada ekspedisi baru mereka dalam membuat carian sumber air disebaliknya.

Beberapa aplikasi turut telah dilancarkan pada minggu ini, termasuk salah satu adalah permainan Need For Speed No Limits daripada EA Games untuk Android dan iOS.


TIPS & ULASAN