Cari @ Amanz

Minggu ini, salah satu perkara yang telah menjadi fokus utama adalah pengumuman pihak Microsoft yang mana mengumumkan telefon pintar Lumia 950, Lumia 950 XL, dan juga tablet hibrid Surface Pro 4. Microsoft turut membuat kejutan dengan mengumumkan Surface Book pada acara pertama – menjadikan ia sebagai komputer riba pertama daripada mereka.

Selain Microsoft, pihak Dell dan HP turut memperkenalkan peranti dengan rekaan seumpama Surface untuk pasaran global.

Di Malaysia, Intel telah melancarkan keluarga cip Intel Core generasi ke-6 yang baru untuk pasaran tempatan, dan turut memperlihatkan beberapa produk baru daripada rakan kerjasama mereka – dimana salah satunya adalah JOI PC Stick.

Dalam arena laman sosial, Twitter telah memperkenalkan sokongan memuat-naik video di web, selain Facebook pula telah memperkenalkan sokongan Facebook Reactions – yang mana membawa penawaran emoji tambahan pada Like di Facebook.

WhatsApp pada minggu ini pula telah menambah sokongan Google Drive di Android, memudahkan pengguna untuk membuat salinan pendua data mereka.

Dan akhir sekali, Apple telah menyenaraikan harga rasmi Apple iPhone 6S dan iPhone 6S Plus di Malaysia – dimana masing-masing bermula pada harga RM3199 dan RM3699.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd