-
3 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Router WiFi 6, Dan Ini Jawapannya!Feb 24, 2021
-
Siri OPPO Reno5 5G – Bukan Sekadar Kamera, Spesifikasinya Juga MantapFeb 23, 2021
-
Detik Epik Setiap Hari Bersama Siri Samsung Galaxy S21 5G!Jan 19, 2021
-
Windows 8 – Dunia Telah BersediaOkt 26, 2012
-
Pandang Pertama : Nikon Z50Nov 21, 2019
-
Pandang Pertama : Realme C12Ogos 21, 2020
-
Bitcoin Bukan Untuk Kaya!Jan 1, 2018
Mingguan Amanz – Acer Jade Primo, TM Unifi Advance, Office 2016 Malaysia
-
-
Minggu ini menyaksikan pihak Acer mencuri perhatian ramai dengan mengumumkan beberapa produk baru mereka, termasuk salah satu yang menjadi fokus adalah telefon pintar berasaskan Windows 10 Mobile dan juga dilengkapi sokongan Continuum yang boleh digunakan sebagai desktop biasa.
Disamping itu, Acer turut memperkenalkan dua lagi produk baru, iaitu Acer Aspire R14 dan juga Acer Aspire Z3.
Apple turut telah mengemaskini iMac pada minggu ini yang turut hadir dengan sokongan paparan 4K, serta kesemua iMac 27-inci dilengkapi dengan sokongan 5K. Dell pada minggu ini turut telah memperkenalkan Dell XPS 15 di Malaysia yang mana hadir dengan rekaan bezel yang nipis dan rekaan yang sangat menarik.
Microsoft pula telah mengambil peluang untuk memperkenalkan Office 2016 di Malaysia secara rasminya pada minggu ini, selain memperkenalkan sokongan berbual di Skype tanpa menggunakan sebarang akaun.
Dan akhir sekali, Telekom Malaysia pada minggu ini telah memperkenalkan Unifi Advance yang mana hadir dengan penawaran kelajuan 30Mbps bermula RM179 dan 50Mbps dengan penambahan 50Mbps.