Informasi Teknologi Terkini

Pada minggu ini, beberapa peranti baru telah dilancarkan, selain beberapa aplikasi turut dikemaskini dengan pengenalan nafas baru. Salah satu yang mencuri perhatian ramai adalah pengenalan HTC One A9.

HTC One A9 merupakan telefon pintar terkini HTC dan hadir dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow, dan turut membawakan rekaan baru HTC hasil evolusi rekaan One M7 sebelum ini.

Disamping HTC, Oppo turut memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dinamakan Oppo R7s. Di Malaysia, Microsoft Malaysia telah mengumumkan penawaran Surface Pro 4 pada bulan hadapan bermula harga RM3999.

Beberapa aplikasi turut telah diperkenalkan pada minggu ini, termasuk Boomerang daripada Instagram yang menawarkan rakaman video 1 saat berbentuk loop. Selain Boomerang, Google pula telah menawarkan kemaskini untuk aplikasi Waze yang membawakan rekaan baru yang lebih mudah digunakan.

Terdapat 3 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN