Informasi Teknologi Terkini

Pada minggu ini, beberapa peranti baru telah dilancarkan di Malaysia, dimana antara yang menarik perhatian adalah Huawei dengan Huawei Mate S mereka yang membawakan binaan premium serta ciri-ciri menarik, disamping Sony yang turut mengumumkan keluarga peranti baru mereka, Xperia Z5 di Malaysia.

Disamping kedua-dua peranti flagship, Huawei G8 dan juga Huawei MediaPad M2 turut dilancarkan, sementara Sony pula memperkenalkan jam tangan pintar mereka, Smartwatch 3.

Apple pada minggu ini telah mula mengambil pra-tempahan untuk Apple TV di Malaysia, sementara Google pula telah memperkenalkan aplikasi Google Play Games dengan sokongan rakaman video permainan.

Google juga pada minggu ini telah memperkenalkan koleksi rakaman gambar khusus sekitar Sabah.

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN