Cari @ Amanz

Pada minggu ini, Apple telah melancarkan tablet premium mereka dengan skrin bersaiz 12-inci di Malaysia, iaitu Apple iPad Pro – yang turut hadir dengan beberapa aksesori seperti Apple Pencil dan papan kekunci.

Disamping itu, Apple turut telah memperkenalkan Apple Music untuk Android – membawa perkhidmatan penstriman muzik ke platform milik Google berkenaan.

Beberapa peranti baru telah diperkenalkan pada minggu ini, termasuk Tag Heuer yang memperkenalkan jam tangan pintar mewah berasaskan Android, selain Gear S2 yang akan dijual di Malaysia pada penghujung November 2015 ini.

Beberapa aplikasi baru turut telah diterbitkan pada minggu ini, termasuk Firefox untuk iOS, selain iFlix yang kini menyokong kebolehan muat-turun video pada Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd