Informasi Teknologi Terkini

Mingguan Amanz – Surface Pro 4, Yonder Music, PS4 1TB

Diterbitkan pada November 22, 2015 oleh

Pada minggu ini, Microsoft telah melancarkan tablet-komputer mereka secara rasminya, iaitu Surface Pro 4. Ia hadir dalam beberapa variasi spesifikasi berbeza, bermula daripada harga RM3999.

Disamping itu, peranti lain yang turut dilancarkan di Malaysia pada minggu ini adalah termasuk Blackphone 2 yang memfokuskan kepada sekuriti dan privasi, selain Lenovo P1m yang memfokuskan kepada kapasiti bateri bersaiz besar.

Sony Malaysia pula pada minggu ini telah memperkenalkan PlayStation 4 dengan storan 1TB, dan beberapa aksesori baru.

Dalam arena telekomunikasi pula, pada minggu ini Digi telah memperkenalkan sokongan penstriman percuma untuk Apple Music, sementara Celcom pula telah memperkenalkan sokongan Yonder Music.

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN