Informasi Teknologi Terkini

Xiaomi pada minggu ini telah memperkenalkan beberapa produk baru mereka, termasuk Xiaomi Redmi Note 3 yang hadir dengan rekaan berasaskan logam, dilengkapi pengimbas cap jari dan juga bateri berkapasiti 4000mAh.

Selain Redmi Note 3, pihak Xiaomi turut memperkenalkan Mi Pad yang akan hadir dalam variasi Android dan juga Windows 10. Pihak Xiaomi turut memperkenalkan Mi Air Purifier 2 yang bersaiz lebih kecil

Di Malaysia, beberapa produk baru daripada Lenovo telah diperkenalkan, termasuk dari keluarga Yoga baru, selain turut mengatakan Lenovo 900 yang akan hadir dalam sebulan dua lagi. Lenovo turut memperkenalkan Lenovo Phab untuk pasaran Malaysia.

Dalam arena permainan, Sony telah memperkenalkan kerangka luar berwarna untuk PlayStation 4, selain turut memperlihatkan sokongan permainan PS2 pada PS4.

Peranti OnePlus X juga turut telah diperlihatkan untuk pasaran tempatan, selain Samsung yang telah turut memperkenalkan Samsung Gear S2 untuk pasaran Malaysia.

Dalam arena peranti juga, pihak Huawei telah memperkenalkan Huawei Mate 8 yang dijana menggunakan Kirin 950 dan juga Android 6.0 Marshmallow.

Terdapat 2 komen

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN