Cari @ Amanz

Pada minggu ini, Samsung telah memperkenalkan keluarga telefon pintar Galaxy A untuk tahun 2016, yang mana merupakan kemaskini kepada keluarga Galaxy A, dan hadir dalam tiga variais saiz berbeza iaitu Galaxy A3, Galaxy A5, dan juga Galaxy A7.

Disamping itu, di Malaysia, Acer telah melancarkan beberapa telefon pintar baru untuk pasaran tempatan yang lebih menyasarkan kepada peranti mampu-milik, selain mengatakan Jade Primo yang menjalankan Windows 10 bakal hadir ke pasaran Malaysia pada awal tahun 2016.

HP Malaysia turut mengumumkan peranti baru untuk pasaran Malaysia, termasuk komputer riba HP Spectre x2, dan juga komputer riba bertemakan Star Wars.

Dalam arena telekomunikasi, Maxis telah memperkenalkan pakej baru dinamakan sebagai Hotlink Fast – selain U Mobile yang mengumumkan data percuma sebanyak 1GB kepada para pelanggan pascabayar dan prabayar mereka.

Tidak ketinggalan pada minggu ini adalah pengumuman Mark Zuckerberg untuk menyumbang pegangan beliau dalam Facebook kepada inisiatif membangunkan kesamarataan dikalangan kanak-kanak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd