Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, kita dapat melihat sejumlah peranti baru untuk pasaran tempatan – dan yang mencuri perhatian ramai adalah Nexus 6P daripada Huawei. Ia boleh dikatakan antara peranti Nexus yang memasuki pasaran tempatan dengan pantas berbanding sebelum-sebelum ini.

Ia hadir dengan Android 6.0 Marshmallow, dilengkapi pengimbas cap jari, dan turut dilengkapi sokongan USB Type-C. Bersama-sama pengumuman Nexus 6P juga, pihak Huawei turut memperkenalkan jam tangan Android Wear mereka, iaitu Huawei Watch.

Disamping itu, satu lagi peranti baru yang telah diperkenalkan pada minggu ini adalah BlackBerry Priv, iaitu telefon pintar pertama daripada BlackBerry berasaskan sistem operasi Android. Ia turut dilengkapi dengan papan kekunci fizikal – sesuai untuk mereka yang gemar menaip menggunakannya.

Mencuri perhatian ramai juga pada minggu lepas adalah pengumuman pusat IT baru di Kuala Lumpur, iaitu MaraDigital. Pembukaan pusat IT ini disokong oleh pihak MARA yang bertanggungjawab dalam mempromosi keusahawanan dikalangan bumiputera.

Pada minggu ini juga, beberapa produk telah ditamatkan, termasuk Firefox OS, Mailbox daripada Dropbox, dan juga sejumlah aplikasi daripada Facebook.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd