Informasi Teknologi Terkini

Pada minggu ini, Microsoft Malaysia telah melancarkan dua telefon pintar Windows 10 yang dinantikan ramai, iaitu Lumia 950 XL dan juga Lumia 950. Kedua-duanya hadir dengan sokongan Continuum yang membolehkan peranti diubah ke komputer melalui sebuah dock khusus. Microsoft menawarkan peranti ini pada harga bermula RM2700 dan lebih ditujukan untuk pengguna perusahaan.

Disamping itu, Acer Malaysia pada minggu ini telah memperkenalkan keluarga Predator mereka secara rasminya di Malaysia – dimana hadir dalam pelbagai variasi peranti, terdiri daripada desktop, monitor, tablet dan komputer riba.

Bank Simpanan Nasional pada minggu ini telah melancarkan mesin juruwang maya, sekaligus memudahkan pengguna untuk berurusan, dan membuat beberapa urusan perbankan dengan mudah.

Beberapa aplikasi telah diperkenalkan pada minggu ini, termasuk MTV Trax untuk pasaran Malaysia, dan juga sebuah permainan baru iaitu Swing Copters 2.

Terdapat 5 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. Untuk sebuah model Perodua untuk memperkenalkan fungsi ABS, bukanlah suatu berita yang mengejutkan.

    Mereka sepatutnya mengejar Proton dari segi tahap keselamatan, iaitu dengan memperkenalkan ESC (Kawalan Kestabilan Elektronik) kepada model-model kereta mereka.

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN