Cari @ Amanz

Samsung Malaysia pada minggu ini telah memperkenalkan siri Galaxy A 2016 di Malaysia, yang mana hadir dalam tiga saiz berbeza, iaitu Galaxy A3, Galaxy A5 dan juga Galaxy A7. Masing-masing hadir dengan rekaan premium berasaskan kaca dan logam, serta menyertakan fungsi premium seperti pengimbas cap jari, kamera belakang dengan OIS dan juga penggunaan pengecasan pantas.

Disamping Samsung, pihak Honor Malaysia telah memperkenalkan dua peranti untuk pasaran Malaysia, iaitu Honor 5x dan juga Honor 7 Enhanced. Kedua-dua peranti ditawarkan dalam pra-tempahan buat masa ini, dan harga jualan rasminya masih tidak diketahui lagi.

Wiko, salah satu jenama popular dari Perancis, turut telah memasuki pasaran Malaysia secara rasminya pada minggu lepas.

Dalam arena aplikasi, MyTeski telah mengubah nama mereka kepada Grab, sementara angkasawan Malaysia pertama telah mengumumkan penyertaan dalam arena e-dagang melalui Alladin Street.

Maxis pula pada minggu ini telah memulakan usaha untuk mengumpulkan dana bagi mereka yang memerlukan. Celcom dan Telekom Malaysia pula telah mengumumkan kerjasama untuk berkongsi infrastruktur telekomunikasi mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd