Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, Samsung Malaysia telah menganjurkan acara Samsung SEA Forum, memperlihatkan sejumlah produk baru yang bakal hadir ke pasaran tempatan, termasuk televisyen, tablet Windows 10, dan juga jam tangan pintar Gear S2 Classic baru.

Disamping itu, beberapa peranti baru telah hadir ke pasaran Malaysia, termasuk HTC One A9 pada harga RM2299, dan jam tangan pintar Moto 360 2015.

Minggu lepas turut memperlihatkan Microsoft mengambil-alih SwiftKey, disamping Celcom yang hadir dengan pakej pascabayar baru pada harga RM80 sebulan untuk akses data sehingga 10 GB.

Beberapa aplikasi telah menerima kemaskini pada minggu ini, termasuk WhatsApp yang menyokong sehingga 256 pengguna dalam WhatsApp Group, disamping Uber yang telah memperkenalkan logo baru untuk perkhidmatan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd