Cari @ Amanz

Minggu ini Apple mencuri perhatian ramai dengan memperkenalkan telefon pintar bersaiz 4-inci mereka, iaitu iPhone SE. Disamping telefon pintar, mereka turut memperkenalkan sokongan Siri dalam bahasa Melayu melalui iOS 9.3. Dalam penawaran tablet pula, Apple hadir dengan iPad Pro bersaiz 9.7-inci dengan sokongan Apple Pencil.

Selain Apple, Xiaomi menghadirkan diri ke pasaran Malaysia sekali lagi dengan telefon pintar Redmi Note 3 mereka – dan bakal mengumumkan harga jualannya pada 29 Mac ini.

Dalam arena teknologi tempatan, TIME mencuri perhatian ramai pada minggu ini dengan pengenalan pakej sehingga 500Mbps pada harga RM299 – sekaligus membawa kelajuan internet Malaysia setapak kehadapan berbanding Telekom Malaysia yang masih sekadar menawarkan pakej pada kelajuan maksima 50Mbps sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd