Informasi Teknologi Terkini

Minggu ini Huawei P9 telah dilancarkan dan tidak lama lagi ia akan hadir ke pasaran tempatan. Peranti ini dengan teknologi kamera yang disahkan Leica juga bakal hadir dengan variasi P9 Plus, dengan kapasiti bateri yang lebih tinggi dan skrin yang lebih besar. Pada acara yang sama, mereka telah mengumumkan TalkBand B3, iaitu jam tangan pintar yang boleh ditanggalkan untuk menjadi fon audio. Meizu pula telah mengumumkan peranti Meizu M3 Note mereka yang hadir dengan pengimbas cap jari dengan kapasiti bateri sebesar 4,100 mAh.

Oppo F1 Plus dengan penekanan pada fungsi Selfie juga telah memasuki pasaran tempatan pada harga RM 1898. Setelah diumumkan pada dua minggu lepas, harga iPhone SE yang akan dijual di pasaran tempatan telah diumumkan, bermula harga RM 1949 untuk kapasiti 16GB manakala RM 2449 untuk 64GB.

Dalam arena teknologi tempatan, pengguna di Malaysia pula kini boleh menggunakan YouTube Gaming bagi mengikuti perkembangan dunia permainan dan juga menstrim permainan mereka dari peranti Android. Maxis pula telah meminta maaf atas krisis terbaru dan telah mengemaskini penawaran pelan pascabayar mereka. Grabcar pula kini telah tersedia untuk penumpang di Johor Bahru, dan pemandu yang berminat menyertainya juga kini boleh mendaftar dengan mereka.

Terdapat 26 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
    • LOL. Ingatkan komen ni main main je. Lepas Google memang betul ex Hafiz Awan Nano.

  1. haha…x bace komen lagi aku dah dpt teke komen2 kt sini…jejake2 melayu ni pantang nampak gadis cantik..ade je point korang..haha

    • abaikan komen dia nisa. kou dok atau stay terus sana pon xpe nisa. kami ok je..haha

  2. Maxis akan kekal dalam sejarah sebagai telco yang teruk diserang akibat pakej mengarut mereka.
    Nasib baik adanya Digi RM78 sebagai pilihan bijak.

  3. Lama tak bukak amanz newz…skali bukak menarik dan tertarik si dia ni…harap amanz buat bergilir…tak jemu saya memandang sedangkan pembaca berita malaysia bertukar slalu :)

  4. Mungkin perlu diperbaiki dari segi ketinggian lontaran dan kadar kelajuan suara apabila membuat ulasan. Saya minta maaf jika teguran ini akan mengguris hati Zahira dan pihak Amanz sendiri.

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN