Cari @ Amanz

Minggu ini Huawei P9 telah dilancarkan dan tidak lama lagi ia akan hadir ke pasaran tempatan. Peranti ini dengan teknologi kamera yang disahkan Leica juga bakal hadir dengan variasi P9 Plus, dengan kapasiti bateri yang lebih tinggi dan skrin yang lebih besar. Pada acara yang sama, mereka telah mengumumkan TalkBand B3, iaitu jam tangan pintar yang boleh ditanggalkan untuk menjadi fon audio. Meizu pula telah mengumumkan peranti Meizu M3 Note mereka yang hadir dengan pengimbas cap jari dengan kapasiti bateri sebesar 4,100 mAh.

Oppo F1 Plus dengan penekanan pada fungsi Selfie juga telah memasuki pasaran tempatan pada harga RM 1898. Setelah diumumkan pada dua minggu lepas, harga iPhone SE yang akan dijual di pasaran tempatan telah diumumkan, bermula harga RM 1949 untuk kapasiti 16GB manakala RM 2449 untuk 64GB.

Dalam arena teknologi tempatan, pengguna di Malaysia pula kini boleh menggunakan YouTube Gaming bagi mengikuti perkembangan dunia permainan dan juga menstrim permainan mereka dari peranti Android. Maxis pula telah meminta maaf atas krisis terbaru dan telah mengemaskini penawaran pelan pascabayar mereka. Grabcar pula kini telah tersedia untuk penumpang di Johor Bahru, dan pemandu yang berminat menyertainya juga kini boleh mendaftar dengan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd