Cari @ Amanz

Pada minggu ini, peranti flagship dari HTC telah diumumkan iaitu HTC 10, yang membawakan fungsi penstabilan imej optikal (OIS) pada lensa depan dan lensa utama. Meizu pula telah melancarkan Meizu Pro 6 dengan cip pemprosesan MediaTek 10-teras serta pengimbas cap jari dan juga 4GB RAM.

Minggu ini juga telah berlangsung acara Facebook F8 yang menghimpunkan pembangun mereka. Mark Zuckerberg turut berkongsi perancangan 10 tahun mereka, dan ingin memfokuskan dunia realiti maya dan juga Augmented Reality.

Di pasaran tempatan, peranti berjenama STOM telah dilancarkan ThunderMatch Technologies yang merangkumi komputer 2-dalam-1 dan juga PC Stick. Vivo telah membawakan model telefon pintar baru iaitu Vivo V3Max dengan pengimbas cap jari dan teknologi pengecasan pantas padanya. MDEC pula kini telah dijenamakan semula menjadi Malaysia Digital Economy Corportation.

Bercakap mengenai syarikat telekomunikasi tempatan, U Mobile dan Celcom pula telah mengemaskini tawaran perayauan internet mereka sementara Digi memperkenalkan pas khusus untuk hiburan video. Digi dan Celcom juga turut memperkenalkan pelan baru pada harga yang lebih menarik dan tawaran data yang lebih banyak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd