Informasi Teknologi Terkini

Minggu ini, Acer telah memperkenalkan sejumlah produk baru pada acara khusus yang dinamakan sebagai [email protected], termasuk antaranya adalah Acer S13 dengan rekaan yang nipis dan elegan, Acer Liquid Zest Plus yang menawarkan bateri berkapasiti 5000mAh, dan komputer memfokuskan permainan dibawah keluarga Predator.

Selain Acer, Apple turut telah memperkenalkan komputer riba baru Macbook yang kini hadir dengan kemaskini spesifikasi dan juga pilihan warna merah jambu emas.

Dalam arena telekomunikasi pula, Maxis pada minggu ini telah memperkenalkan pakej dan pelan baru mereka, MaxisONE Plan – sementara Celcom pula hadir dengan pakej jalur-lebar untuk rumah mereka dengan kelajuan 10Mbps.

U Mobile turut tidak ketinggalan dan telah mengumumkan penawaran data percuma untuk menggunakan Waze.

Beberapa aplikasi turut telah dikemaskini minggu ini, termasuk salah satunya adalah permainan kasual Crossy Road yang kini membawakan sokongan memainkan secara multiplayer.

Terdapat 9 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. korang nie la…ini websites ilmiah. bukan website nak nengok awek. dok diam dengar ilmiah dah la…nak nisa la nak zahira la…pebende la korang nih. ini semua poyo.

  2. Nisa dah lawa x payah nak over sgt make up.ke sebab lighting ? blusher merah tu kena kurangkan.

  3. korang ni pun kalau nak komen biar la membina sikit…. Karang nisa merajuk, zahara tak dapat, nisa pon korang tak dapat…

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN