Cari @ Amanz

Minggu ini, Acer telah memperkenalkan sejumlah produk baru pada acara khusus yang dinamakan sebagai Next@Acer, termasuk antaranya adalah Acer S13 dengan rekaan yang nipis dan elegan, Acer Liquid Zest Plus yang menawarkan bateri berkapasiti 5000mAh, dan komputer memfokuskan permainan dibawah keluarga Predator.

Selain Acer, Apple turut telah memperkenalkan komputer riba baru Macbook yang kini hadir dengan kemaskini spesifikasi dan juga pilihan warna merah jambu emas.

Dalam arena telekomunikasi pula, Maxis pada minggu ini telah memperkenalkan pakej dan pelan baru mereka, MaxisONE Plan – sementara Celcom pula hadir dengan pakej jalur-lebar untuk rumah mereka dengan kelajuan 10Mbps.

U Mobile turut tidak ketinggalan dan telah mengumumkan penawaran data percuma untuk menggunakan Waze.

Beberapa aplikasi turut telah dikemaskini minggu ini, termasuk salah satunya adalah permainan kasual Crossy Road yang kini membawakan sokongan memainkan secara multiplayer.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd