Cari @ Amanz

Pada minggu ini, sejumlah peranti telah diperkenalkan pada peringkat global, termasuk antaranya adalah Honor 5C, HP Chromebook 13, dan juga jam tangan pintar khusus untuk kanak-kanak daripada Xiaomi. Pasaran tempatan turut tidak sepi, dimana ia memperlihatkan pengenalan telefon pintar Leagoo Shark 1 dengan kapasiti bateri 6300mAh.

Selain Leagoo, Asus Malaysia turut mencuri perhatian dengan memperkenalkan beberapa peranti ROG terbaru, dan salah satunya adalah komputer riba Asus ROG GX700. Asus juga turut mengumumkan pertandingan baru untuk pengguna tempatan yang mengemarkan permainan League of Legends.

Pada minggu lepas juga, kita telah mula melihat penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan telah mula hadir dengan beberapa pakej baru untuk pengguna pascabayar dalam menarik mereka beralih ke syarikat masing-masing. Maxis telah memperkenalkan penawaran data percuma 2GB untuk penghujung minggu, selain Celcom yang hadir dengan pakej Xpax M4GIC SIM baru. U Mobile turut tidak ketinggalan dan telah mengumumkan perkhidmatan Video ONZ, dan Digi pula memperkenalkan penawaran data tambahan untuk bulan Mei 2016.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd