Informasi Teknologi Terkini

Pada minggu lepas, Huawei telah memperkenalkan tiga variasi Huawei P9 untuk pasaran Asia Tenggara, iaitu Huawei P9, Huawei P9 Lite, dan juga Huawei P9 Max. Ketiga-tiga peranti ini dijangka dipasarkan pada penghujung bulan Mei 2016 ini, dan berharga bermula sekitar RM999.

Apple pada minggu ini turut mengumumkan peranti iPhone SE mereka untuk pasaran Malaysia yang akan mula dijual bermula 13 Mei kelak. Penjualan ini turut membuatkan harga jualan iPhone 5S kini ditawarkan lebih rendah berbanding sebelumnya.

Disamping itu, beberapa perisian baru telah diperkenalkan untuk minggu ini, termasuk Opera yang kini hadir denagn sokongan penghalang iklan terbina, dan Google pula telah hadir dengan Google Keyboard 5.0 untuk Android yang hadir dengan mod sebelah tangan.

Facebook pada minggu ini telah mengadakan sebuah acara khas, dan membuka pejabat rasmi mereka di Malaysia – sekaligus memperlihatkan lebih fokus mereka untuk pasaran tempatan.

Terdapat 7 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. aku dok tunggu jer komen yang ‘bosan dgn nisa nih’…
    apa apa pun keep it up nisa…info yang padat…thanks

  2. mohon gadis tutorial plak diplih ganti nisa. nisa da tua da xde xfactor. peace

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN