Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, Xiaomi telah mengumumkan peranti terbaru mereka dengan paparan skrin yang lebih besar sebesar 6.4-inci Xiaomi Mi Max. Pada acara yang sama mereka turut mengumumkan kemaskini MIUI 8 membawakan paparan antaramuka yang lebih kemas. Huawei pula telah mengumumkan peranti Honor terbaru mereka, iaitu Honor V8 yang hadir dengan kamera dwi-lensa serta paparan skrin 2K.

Di pasaran tempatan, Huawei telah menawarkan variasi terbaru untuk Honor Band yang dipanggil Honor Band SS, membawakan rekaan tali jam kulit yang lebih panjang dan elegan serta dijual pada harga RM 399. ZTE pula telah mengumumkan telefon pintar Blade V7 yang hadir pada dua variasi, iaitu V7 Lite dan V7 Max.

Pengguna tempatan pula kini boleh menikmati tambang murah ke KLIA menggunakan GrabCar serendah RM 65 manakala Uber telah meluaskan kawasan perkhidmatan mereka, dan kini berada di Kota Kinabalu. Digi pula kini menawarkan data penggunaan 2GB untuk setiap hujung minggu buat pelanggan baru mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd