Cari @ Amanz

Pada minggu ini, Google telah mengadakan acara Google I/O 2016 yang mana mereka telah berkongsi pelbagai perkara baru daripada mereka untuk dunia teknologi, termasuk Google Assitant dan juga Google Home.

Disamping itu, Google turut memperlihatkan aplikasi permesejan pintar, dan platform realiti-maya mereka – DayDream. Pada acara Google I/O juga, pihak Xiaomi mencuri perhatian dengan memperkenalkan Xiaomi Mi Box berasaskan Android TV.

Dalam dunia peranti, Lenovo telah memperkenalkan Moto G4 dan juga Moto G4 Plus, sementara Sony pula telah memperkenalkan Xperia XA Ultra. Di Malaysia pula, Acer telah memperkenalkan komputer riba Acer Switch 12 Alpha yang hadir dengan sokongan penyejukan cecair.

Dan akhir sekali, turut mencuri perhatian pada minggu ini adalah Nokia yang telah melesenkan jenama mereka kepada sebuah syarikat di Finland untuk hadir dengan telefon pintar dan tablet berasaskan Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd