Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, Computex 2016 telah mencuri tumpuan ramai pengguna, dan antara yang mencuri perhatian adalah termasuk Asus, MSI, Intel dan juga AMD.

Asus telah memperkenalkan sejumlah produk baru, termasuk Zenfone 3 Deluxe dengan memori sehingga 6GB RAM, Zenbook 3 dengan rekaan yang sangat nipis dan ringan, selain kemaskini kepada keluarga Asus ROG. MSI pula mencuri tumpuan ramai pada Computex melalui pengenalan komputer-galas mereka untuk realiti-maya, selain beberapa penawaran baru dengan ciri-ciri teknologi dan pemprosesan terkini.

Intel pada Computex telah memperkenalkan Intel Core i7 EE sehingga 10 teras, selain turut mengumumkan cip generasi baru mereka bakal menyusul pada tahun ini. AMD turut tidak ketinggalan dan telah mengumumkan APU baru mereka akan hadir tidak lama lagi.

Dalam arena peranti kecergasan, Xiaomi mencuri perhatian ramai dengan Mi Band 2 yang kini hadir dengan skrin OLED, sementara Samsung pula telah hadir dengan Gear Fit2 dengan rekaan yang lebih menawan berbanding sebelumnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd