Informasi Teknologi Terkini

Mingguan Amanz – Lenovo Tech World, Moto Z, Xperia X

Diterbitkan pada June 12, 2016 oleh

Minggu ini menyaksikan Lenovo mencuri perhatian ramai melalui acara khas mereka, Lenovo Tech World yang menyaksikan sejumlah produk baru dilancarkan. Antara yang dilancarkan adalah termasuk sebuah peranti Project Tango dan juga Moto Z.

Moto Z merupakan keluarga baru daripada Lenovo, yang hadir dengan sokongan Moto Mods – membolehkan pengguna menambah modul untuk memberikan beberapa sokongan tambahan kepada peranti mereka.

Selain itu, di Malaysia, pihak Sony Mobile Malaysia telah melancarkan siri keluarga Xperia X – dimana tiga peranti dibawahnya telah diperkenalkan, termasuk Xperia X, Xperia XA dan juga Xperia XA Ultra.

Minggu ini turut memperlihatkan beberapa kemaskini pada arena laman sosial, termasuk salah satunya adalah pengenalan sokongan gambar 360-darjah terus pada Facebook, sekaligus menjadikan perkongsian gambar panorama dan 360-darjah lebih mudah untuk ditonton pada laman sosial berkenaan.

Terdapat 2 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. Lenovo mempunyai pangsa pasar yang cukup luas di malaysia dan indonesia, saya pun menggunakan smartphone merk lenovo

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN