Cari @ Amanz

Pada minggu ini, pihak pembangun disebalik teknologi Bluetooth telah memperkenalkan Bluetooth 5 yang menawarkan jarak penggunaan yang lebih jauh dan pada kelajuan yang lebih tinggi.

Disamping itu, beberapa peranti baru turut telah diperkenalkan pada minggu ini, termasuk daripada Oppo – selain Xiaomi yang telah memperkenalkan basikal elektrik mereka yang boleh dilipat, dinamakan sebagai Mi Qcycle.

Dalam arena web, Google telah memperkenalkan fungsi dwi-faktor yang dikemaskini, selain Twitter yang telah memperkenalkan sokongan video sehingga 140 saat. WhatsApp turut mengumumkan yang mana kini lebih 1100 panggilan suara dilakukan setiap saat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd