Cari @ Amanz

Minggu lepas menyaksikan sejumlah peranti baru diperkenalkan untuk pasaran tempatan, dan salah satunya adalah komputer riba premium daripada pihak HP, iaitu HP Spectre 13. Hadir dengan rekaan yang nipis dan premium, HP Spectre 13 ini ditawarkan pada harga bermula RM5999.

Disamping komputer riba, beberapa telefon pintar telah dilancarkan di pasaran tempatan, termasuk Neffos C5 Max, Flash Plus 2 32GB, dan juga Samsung Galaxy A9 Pro.

Google pada minggu lepas, akhirnya telah memperkenalkan nama akhir untuk Android N, iaitu Android 7.0 Nougat.

Beberapa aplikasi baru dan kemaskini telah diperkenalkan pada minggu lepas, termasuk salah satunya adalah sokongan Night Mode pada aplikasi rasmi Twitter untuk Android.

Dalam arena telekomunikasi pula, minggu lepas menyaksikan Yes memperkenalkan perkhidmatan telekomunikasi mereka secara rasminya, iaitu Yes LTE, selain Webe yang tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan pakej khas untuk pelanggan sedia ada TM dan P1.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd