Informasi Teknologi Terkini

Mingguan Amanz – Zenfone 3, Oppo F1s, Uber GrabCar

Diterbitkan pada Ogos 14, 2016 oleh

Minggu lepas menyaksikan Asus memperkenalkan Asus Zenfone 3 di Malaysia, yang mana hadir dalam beberapa variasi, termasuk Asus Zenfone 3 Max, Zenfone 3 Laser, Zenfone 3 Deluxe, dan juga versi Zenfone 3 biasa. Disamping telefon pintar, Asus Malaysia turut telah mula menawarkan Zenbook 3 dan juga Transformer 3 Pro di Malaysia.

Disamping Asus, turut mencuri perhatian pada minggu ini adalah Oppo dengan Oppo F1s di Malaysia. Ia turut memfokuskan kepada fungsi selfie seperti siri-F sebelum ini.

Dalam arena web, kita telah melihat perang antara Facebook dan AdBlock yang masing-masing mengatasi halangan iklan antara satu sama lain. Di Malaysia, pihak kabinet telah dilihat telah mengesahkan Grab dan Uber, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi. Dan bagi peminat peranti Galaxy Note 7, satu berita sedih untuk anda, dimana perancangan pengenalan peranti berkenaan di Malaysia dilihat telah ditangguhkan kepada bulan September.

Terdapat 7 komen

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN