Cari @ Amanz

Pada minggu ini, beberapa peranti baru telah diperkenalkan, termasuk Huawei G9 Plus di China yang menawarkan sokongan rakaman 4K, Nikon D3400 dengan sokongan Bluetooth yang sentiasa aktif, serta pengenalan kad grafik NVIDIA siri-10 untuk komputer riba.

Selari dengan pengenalan kad grafik baru NVIDIA untuk komputer riba, sejumlah komputer riba baru telah diperkenalkan, termasuk daripada MSI, Asus dan lain-lain.

HP turut mencuri perhatian dengan memperkenalkan komputer HP Omen berbentuk kiub yang menawarkan sokongan grafik dan multimedia yang sangat baik.

Google pada minggu ini telah memperkenalkan aplikasi panggilan video satu-ke-satu mereka yang terbaru dinamakan Duo.

Dan akhir sekali, pada minggu ini Microsoft telah mula memperkenalkan kemaskini Windows 10 Anniversary Update untuk pengguna Windows 10 Mobile.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd