Informasi Teknologi Terkini

Minggu ini menyaksikan pihak Acer Malaysia memperkenalkan dua produk baru dibawah keluarga Acer Predator, iaitu sebuah komputer riba dipanggil Predator 17X dan juga Predator G1 Desktop.

Selain Acer, pada peringkat global, sejumlah produk baru telah diperkenalkan, termasuk Xiaomi Redmi 4 dan juga kamera DSLR baru dengan sokongan rakaman 4K daripada Canon, iaitu Canon 5D Mark IV.

Untuk pengguna peranti Android, pada minggu ini Google telah memperkenalkan kemaskini Android 7.0 Nougat untuk pengguna Nexus – sekaligus membuatkan pengeluar peranti lain bersaing dalam memperkenalkan kemaskini berkenaan untuk peranti meeka.

Dalam arena aplikasi, sejumlah aplikasi baru telah hadir, termasuk Opera VPN untuk Android, dan juga sokongan Night Mode melalui Twitter untuk iOS.

Terdapat 3 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. Aman taknak buat ke review pasal aplikasi good lock dari samsung untuk model flagship samsung?? Good lock tu untuk mengubah talam notifikasi samsung jadi talam notifikasi android stock macam android 7.0 nougat.. kita tak payah root pun.. lepas install aplikasi good lock tu bila kita buka dia akan suruh kita restart fon.. dia punya talam notifikasi tu nampak lebih kemas berbanding samsung punya talam notifikasi

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN