Cari @ Amanz

Pada minggu ini, acara tahunan IFA 2016 telah dimulakan, memperlihatkan sejumlah peranti dan peralatan elektronik diumumkan untuk pengguna. Sejumlah jenama terkemuka telah menghadirkan diri, dan memperlihatkan penawaran mereka, termasuk Acer dengan koleksi komputer riba mereka, Lenovo dengan tablet 2-dalam-1, Asus dengan ZenWatch, dan juga Samsung dengan Gear S3.

Disamping itu, Intel turut telah memperkenalkan cip pemprosesan Intel Core generasi ketujuh dengan nama kod Kaby Lake. HP turut tidak ketinggalan dan hadir dengan beberapa rekaan desktop yang menarik pada IFA 2016 ini.

Huawei turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan keluarga telefon pintar baru, iaitu Huawei Nova dan juga tablet Huawei Mediapad M3. TP-LINK turut menghadirkan diri dan memperkenalkan telefon pintar baru dibawah keluarga Neffos. Sony juga telah memperkenalkan telefon flagship terbaru mereka bersempena dengan IFA 2016 ini, iaitu Xperia ZR. Untuk pasaran tempatan, ZTE telah memperkenalkan Axon 7 yang dijual pada harga RM1999.

Dalam arena web pula Facebook telah memperkenalkan Instant Video pada Messenger, selain di Malaysia pengguna sudah boleh membuat permohonan pembaharuan pasport secara atas-talian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd