Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan pihak GoPro mencuri perhatian dengan memperkenalkan kamera aksi terbaru mereka, iaitu GoPro Hero5 yang kini turut hadir dengan sokongan rakaman video pada resolusi 4K, selain menyertakan sokongan kalis air terbina dan hadir dengan kebolehan pengawalan berasaskan kepada arahan suara.

Bersama-sama Hero5, pihak GoPro turut memperkenalkan dron pertama mereka dinamakan sebagai GoPro Karma. HTC turut memperkenalkan dua peranti baru dibawah HTC Desire, iaitu HTC Desire 10. Seperti biasa, ia menawarkan spesifikasi pertengahan, tetapi dengan rekaan elegan seumpama HTC 10 sebelum ini.

Turut mencuri perhatian adalah pengenalan aplikasi permesejan pintar daripada Google, iaitu Google Allo. Aplikasi ini menawarkan kebolehan permesejan bersama-sama rakan-rakan yang hadir dengan pembelajaran pintar dan turut boleh memanggil bantuan Google Assistant daripada sebarang tetingkap.

Opera pula pada minggu ini telah memperkenalkan integrasi OperaVPN pada pelayar web desktop versi stabil mereka, disamping turut menyertakan antaramuka baru untuk Opera Android.

Dan akhir sekali, turut mencuri perhatian adalah pengenalan kad mikro-SD 1TB daripada Sandisk, yang mana masih pada peringkat prototaip awal buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd