Informasi Teknologi Terkini

Minggu ini, Google telah mencuri perhatian ramai melalui bahagian perkakasan mereka. Antara yang diumumkan adalah termasuk telefon pintar Pixel yang hadir dengan integrasi Google Assistant, selain turut memperkenalkan Chromecast Ultra dengan sokongan 4K.

Selain Google, pihak Facebook turut mencuri perhatian dengan memperkenalkan Messenger Lite untuk Malaysia, dan hadir dengan sokongan jual-beli melalui Facebook Marketplace. Dalam arena realiti-maya pula, Mark Zuckerberg secara ringkas memperlihatkan sokongan sosial dalam dunia realiti-maya.

Disamping itu, beberapa aplikasi telah diperkenalkan pada minggu ini, termasuk salah satunya adalah YouTube Kids untuk pasaran Malaysia dari Google. Pihak Jais juga turut hadir dengan sebuah aplikasi mudah untuk membuat laporan, dinamakan Amar.

Terdapat 3 komen
  1. Setiap Posting Ada Video Makcik Ni Mesti Lelaki2 Nerd Teknologi Ni Akan Memuji La, Mengkritik La. Orang Suruh Focus Info Yang Disampaikan Bukan Nak Cuci Mata Engkorang Tu

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN