Cari @ Amanz

Minggu ini Nintendo berjaya mencuri perhatian ramai dengan mengumumkan Nintendo Switch – sebuah konsol baru yang membawakan konsep hibrid, iaitu boleh dihubungkan ke televisyen, selain turut boleh dibawa ia kemana-mana dengan mudah.

Disamping Nintendo, beberapa peranti baru turut telah diumumkan, iaitu telefon pintar 6GB RAM daripada Oppo, selain Honor yang telah memperkenalkan Honor 6X. Kodak juga telah memperkenalkan telefon pintar Kodak Ektra dengan fokus terhadap arena fotografi.

Razer pula pada minggu ini telah memperkenalkan Razer Blade Pro dengan sokongan papan kekunci mekanikal, selain Razer turut telah mengambil-alih THX dalam memperkukuhkan kedudukan mereka dalam arena audio.

Di Malaysia, Asus telah mula menjual Zenfone 3 Deluxe, selain Samsung yang telah mulakan jualan Galaxy Tab A dengan S-Pen di Malaysia.

Akhirnya, untuk peminat permainan video, pada minggu ini Red Dead Redemption 2 telah diumumkan secara rasminya dan akan datang pada tahun 2017 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd