Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan dua gergasi komputer mengadakan acara mereka tersendiri dan mengumumkan penawaran terbaru mereka. Dimulakan dengan Microsoft yang mengumumkan Windows 10 Creators Update, selain turut mengumumkan Surface Studio – komputer AIO terbaru daripada Microsoft dengan sokongan digunakan sebagai papan lakaran.

Microsoft juga turut mengumumkan kemaskini untuk komputer riba Surface Book, selain sebuah aksesori yang dinamakan sebagai Surface Dial untuk kaedah interaksi baru bersama komputer.

Apple pula pada minggu ini telah mengumumkan MacBook Pro baru yang hadir dengan Touch Bar, dan hadir dalam dua pilihan saiz – 13-inci dan juga 15-inci. Komputer riba baru ini juga telah mula disenaraikan untuk pasaran Malaysia.

Dalam arena telefon pintar, Xiaomi telah mengumumkan telefon pintar Mi Note 2 yang hadir dengan rekaan skrin melengkung, selain Mi Mix yang membawakan rekaan yang sangat cantik dan juga skrin dengan bingkai sangat nipis.

Dalam arena telekomunikasi pula, Celcom telah mengumumkan pakej Celcom First baru dengan data sehingga 60GB sebulan, selain Digi pula yang telah mengumumkan penawaran VoLTE untuk pengguna peranti iPhone.

Dan akhir sekali, pada minggu ini, agak mengejutkan apabila Twitter mengumumkan mereka akan menamatkan Vine tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd