Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan Huawei memperkenalkan telefon phablet terkini mereka, iaitu Huawei Mate 9. Dilengkapi dengan cip Kirin 960, ia turut menyertakan sokongan dwi-kamera belakang dengan kejuruteraan Leica. Selain versi biasa, pihak Huawei turut menyertakan sebuah versi khusus dinamakan Porsche Design Huawei Mate 9.

Untuk pasaran Malaysia, akhirnya Lenovo telah membawa masuk kembali keluarga Motorola, dan memperkenalkan Moto Z serta Moto Z Play. Kedua-duanya turut hadir dengan sokongan aksesori modular dinamakan Moto Mods. Selain Lenovo, Sharp turut memperkenalkan dua telefon pintar mereka untuk pasaran tempatan.

Dalam memudahkan komunikasi, Microsoft pada minggu ini telah memperkenalkan Microsoft Teams – menawarkan fungsi seumpama Slack dan diintegrasikan pada Office 365.

Facebook pada minggu ini akhirnya telah memperkenalkan Facebook Gameroom dalam memudahkan pengguna memainkan pelbagai permainan kasual terus di desktop. Bercakap mengenai permainan juga, minggu ini menyaksikan pihak Gameloft melancarkan Asphalt Xtreme untuk Android, iOS dan juga Windows.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd